Rabu, 7 September 2016

~Selamat datang ke blog kami~



Saya Irene Lau ,selamat datang ke blog ini, harap maklumat dalam blog ini  dapat membantu anda agar lebih memahami tentang alat muzik tradisional kaum Cina!


Hi~ Saya Goh Bee Leng ^^ Selamat datang to blog kami. Kami sedia membantu anda jika anda ada sebarang pertanyaan.


Saya Lai Lee Min. Sebenarnya saya juga seorang pemain Erhu, saya berharap informasi yang terdapat dalam blog ini dapat membantu anda agar lebih mengetahui tentang alat muzik tradisional Cina!






Kami sangat suka muzik terutamanya alat muzik tradisional Cina yang dapat mengeluarkan bunyi yang harmoni dan selesa.









Maka kami pun membuka blog ini untuk memperkenalkan dan berkongsi maklumat tentang sesetengah alat muzik tradisional Cina.

Sabtu, 3 September 2016

Persembahan Orkestra 
Tajuk Lagu : Kereta Api  

Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun masyarakat Cina dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius yang percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat.

Selain itu, muzik juga menjadi elemen penting dalam upacara ritual tradisional selama Dinasti Shang (1550-1111 SM) dan mencapai kegemilangannya dalam Dinasti Zhou (1111-222 SM) kerana mengalami perkembangan alat perkusi atau genderang yang banyak digunakan ketika itu.